January 18, 2015

kau tahu rasa sedih datang
bila aku lihat kau terumbang ambing
bila aku lihat kau tiada arah tuju
bila aku lihat kau hilang semangat
bila aku gagal nasihati kau

kau tahu rasa sakit hati datang
bila aku dikelilingi manusia yang hanya mementingkan diri
bila aku dikelilingi manusia yang mempergunakan untuk kepentingan
bila aku dikelilingi manusia celaka yang mempunyai akal tapi dungu
bila aku dikelilingi manusia bodoh tapi mendongak langit
bila aku dikelilingi manusia yang sentiasa mendabik dada

celaka
aku fikirkan manusia sekeliling
sampai lupa kepentingan diri aku

No comments: